Tuesday, June 28

APAM POLKA DOT :)

Macam biasa waktu cuti akan terasa kebosanan di rumah. masa diluangkan untuk membuat apam polka dot. comel je kan apam2 ni. colorfull lagi dan senang je nak buat. kalau nak resipi, mintak je dari aku.nanti aku bagi.hehe
sediakan bekas dan acuanpukul telur dan gula sehingga kembangkemudian masukkan tepung dan pukul sehingga kembangseterusnya asingkan kedalam bekas yang berlainan untuk diletakkan pewarnamasukkan ke dalam acuan dan hiaskan dengan polka dot yang berlainan warna
kemudian letakkan di atas dapur.masa mengukus hanya 5 minit.jika berlebihan akan merekah.
selepas 5 minit. apam sudah masak wee~~!!
siap untuk dihidang..hehe

2 comments:

Cik Madi said...

hai, nak resepi apam ni bole tak ? hehe . sakura_mn90@yahoo.com :)

ella sipurple said...

boleh.. ni resipi..

Bahan-bahan
* 3 biji telur - dari peti sejuk
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus
* 150gm susu segar
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* Pewarna
* esen vanilla
* Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)


Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
jangan lupa bubuh esen vanilla untuk kurangkan bau telur.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang sama warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

* tak kisah samaada nak letak filling dalam apam atau nak biarkan inti dalam kosong je. boleh juga letak kismis, apple jem, pineapple jem,atau strawberry jem mengikut citarasa sendiri.
*Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je kalau tak nanti apam akan jadi pecah atau kembang.

kat email pn dah send. selamat mencuba :)